Thursday, December 22, 2011

berpindah ke blog baru...

dah tension dgn blog skrg..
akan berpindah ke blog baru ni..
jemput lah ke sini ye..

online shopping..

hari ni dalam sejarah..
dari pagi tadi dok online je..
last-last terpengaruh dgn online shop utk barang baby..
melayang hampir rm100 gak lah..
beli gift set utk anak my friend, AMANDA NUR IRDINA..
then beli 1 sweater untuk hero kitorang..
nak try je, so xblh lagi shopping byk-byk..

33 minggu yang sangat indah..

alhamdulillah..
baby dah 33 minggu hari ni..
33 minggu yang sangat indah dalam hidup aku suami isteri..
bersyukur dengan kurniaan dari Ilahi ini..
sangat bahagia dengan hidup aku sekarang ni..

Wednesday, December 21, 2011

cerita konvokesyen..

aku baru selesai hadir majlis konvokesyen aku last saturday..
xda apa yang menarik pun bagi aku..
yelah, hati macam terpaksa je nak pergi..
huhuhu..

aku punya turn sesi petang..
so, pendaftaran bermula jam 12.15pm..
11.45am aku dah sampai UTM KL..
mak aku sampai sg buloh kul 9.30am..
pas amek mak,bawak mak g breakfast dulu kat setiawangsa..
then terus hantar mak kat hotel..
itu yang kul 11.45am dah ada kat utm tu..
pas hantar mak kat hotel, sementara mak nak rest,xtau nak buat apa..
so, MR decide nak hantar aku g utm terus..

masa aku sampai tu, dah ramai yang berbaris utk pendaftaran..
dalam cuaca yang sangat panas tu, aku pun join berbaris gak..
nasib xserapa lama proses pendaftaran tu..
selesai pendaftaran, semua graduan diminta berkumpul di bilik kuliah sehingga dipanggil berbaris utk ke dewan besar..
so, bila aku dah masuk dewan kuliah tu, MR pun gerak g hotel utk jemput mak dan adik-adik aku utk datang ke utm jugak..

dalam 1.30pm, para graduan diminta berbaris utk ke dewan berlangsungnya majlis dgn mengikut giliran masing-masing..
dah siap berbaris, kitorang pun berjalan menuju ke dewan dan dibenarkan duduk di tempat yang disediakan..
alhamdulillah..risau jugak aku kalau kena berdiri je sepanjang majlis berlangsung..

masa tengah tunggu turn aku utk naik ke pentas, memang rasa berdebar-debar sangat..
berpeluh-peluh aku kat dalam bilik air-cond tu..
macam-macam perasaan ada..
xtau nak describe macam mana..
so, bila nama aku dipanggil, memang aku panik betul..
sampai MR bgtau, dia tgk aku kelam kabut mcm nak terberak je, huhuhu..

ntah lah, aku pun xtau aku jalan laju ke tak..
yang aku tau, aku nak cepat turun dari pentas tu..
bila dah turun je dari pentas, memang rasa relieve sangat..
alhamdulillah, xda perkara memalukan terjadi kat aku, hehehehe..

dalam 3.45pm, majlis dah selesai..
aku pun terus ajak famili aku ke studio yang disediakan utm utk tangkap pic famili..
selesai je tangkap gambar famili, hujan pun mula turun..
so, xsempat nak amek pic kat utm..
lagipun, aku terlupa nak bawak kamera..
guna kamera hp je..

kat bawah ni je ada pic aku dan famili yang sempat aku amek guna hp MR..
nak ceta sal baby..
baby behave sangat sepanjang majlis berlangsung..
cuma masa kat atas pentas je terasa baby buat ombak..
lain-lain waktu, baby baik sangat..

"sayang sangat kat anak teruna mama nih.."


dengan baby dan bunga dari MR..


dengan adik-adik aku..


dengan mak aku yang datang dari kedah..


dengan suami tercinta yang banyak support aku wat pjj..
yang banyak tolong aku siapkan thesis..















Tuesday, December 20, 2011

dah lapar..

tadi pagi breakfast dalam pukul 8.30 am..
makan nasi putih dgn daging masak kicap terus..
sekarang dah mula rasa lapar..
tapi xmau makan nasi..
ingat nak makan sup-sup, heheheehe..

terpaksa naik bas..

baru lepas dapat kol dari airasia..
selepas 35 weeks pregnancy, TIDAK dibenarkan naik flight dah..
huhu..
macam mana nak balik kedah untuk bersalin nanti??
xlarat aku nak naik kereta..
jb-kl pun rasa terseksa dah..

mula-mula kol airasia cakap dgn PR dia, dia kata boleh..
cuma kena dapatkan surat dari doc..
then tetibe dia kol balik bgtau dia silap bagi info..
selepas 35 weeks dah xboleh naik flight dah..

terpaksa lah balik kedah nanti naik bas je..
naik bas lagi selesa dari naik kereta..
lagipun kalau jadi apa-apa, suami ada..
kalau naik kereta, mana dgn MR nak drive lagi..

berdoa untuk baby setiap saat..

setiap saat, berdoa supaya baby tidak songsang lagi..
berdoa semoga baby kembali kepada kedudukan normal nya..
berdoa semoga baby dilahirkan secara normal..
berdoa supaya baby sabar sehingga aku selamat sampai kedah, baru baby keluar..
insyaAllah..
semoga Allah makbulkan doa aku..

cerita tentang konvo..

belom ada masa nak bercerita tentang konvo aku hari sabtu lepas..
mood pun spoil sebab xtahu apa masalah blog ni..
akan update kemudian..

Monday, December 19, 2011

aku yang sedang bingung..

b.i.n.g.u.n.g

aku sedang bingung dengan blog aku ni..
sampai sekarang aku xtau apa masalah blog ni..
setting ke, template ke...
haaddddoooiii...........!!!!!!!!!!!

dah tukar template,tapi..

aku dah tukar template..
tapi blog aku masih tiada perubahan..
masih tiada ruangan komen di bawah setiap entry..
dah tak tau nak buat apa lagi..
mintak tunjuk ajar dari pakar sangat-sangat..

blog in progress..

tuan blog ini yang kurang pandai menghias blog sendiri terpaksa menukar template blog ini..
so, untuk seketika blog ini akan kelihatan "bukan-bukan"..
tuan blog ini akan try an error untuk membaik pulih blog ini..
semua ni gara-gara nak letak comment kat blog..
haaaisshh..

Thursday, December 15, 2011

macam mana nak letak comment kat dalam blog??

aku dah xtau nak setting macam mana lagi kat blog aku ni..
aku dah buat kak bui ajar ni..
tapi kenapa kat blog aku ni still xboleh nak letak post a comment kat bawah entry aku ni..
kalau nak tengok comment, kena klik dulu kat title entry tu, baru boleh nampak post a comment..
mcm mana nak buat ni?
blog orang lain ada je comment kat bawah tiap2 entry..
argghhhh...
tension dah ni..
ada sapa2 boleh tolong aku x?

chenta hati sheilaradzi..scan 4d

semalam, 14 dis 2011, aku, MR dan adik aku ke klinik fauziah, ampang..
ke klinik tu bkn sebab aku xsihat..
cuma aku ada appoinment dgn sonographer jezz utk scan 4d anak aku..
appoinment aku sepatutnya 17hb dis nanti..
tapi sebabkan takut kelam kabut dgn konvo aku yg xtau abeh kul brapa, aku awalkan appoinment tu..

sepatutnya jumpa jezz jam 6pm, tapi aku sampai dlm 5.20pm..
sampai2 kat klinik,jezz belom sampai lagi..
so, kitorang pusing2 kat manjaku store kat seberang jalan dr klinik fauziah tu..
selepas 15 minit, jezz sms aku bgtau dia dah sampai klinik..
so, kitorang pun terus gerak ke klinik..

sampai je klinik, terus jezz panggil nama aku utk masuk bilik..
aku rasa time tu dalam 5.40pm..
start je jezz nak scan, tgk baby songsang sikit..
muka dia menghadap bawah..
kaki dia pulak dia letak betul-betul kat muka dia...
sebelum pegi scan tu, abah dia dah pesan kat baby supaya jangan tutup muka dgn tangan mcm ari tu..
memang dia xletak muka dgn tangan dah, tapi dia letak kaki lak kat muka dia..

puas jugak lah jezz pujuk-pujuk dia suruh pusingkan muka dia..
then, dia pusing muka dia menghadap atas selepas 15 minit kitorang pujuk-pujuk dia..
tapi kaki dia still kat muka..
so, jezz suruh aku keluar dulu, makan makanan yang manis-manis..
selepas sejam dia akan panggil aku untuk scan kali kedua..
dia pesan gak suruh aku banyak berjalan-jalan sebelum scan lagi..

so, MR bawak aku ke restoran ani sup utara yang letaknya berhadapan klinik fauziah tu..
kat situ, aku cuma order lai chi kang..
mula-mula minum lai chi kang tu, belum rasa sangat manisnya..
tapi bila dah nak abih lai chi kang tu, baru lah terasa manis yang melampau..
aku minum jugak walaupun tekak dah kembang..
kepala pun terus rasa pening..
ye lah, selama ni aku bukannya makan or minum manis-manis ni..
tu yang tekak xbrapa boleh nak terima..
pas tu, MR blikan aku coklat dgn teh o ais pulak..
aku makan je lar coklat tu..
nak manis kan?

lepas hampir sejam, kitorang masuk klinik semula..
then jezz terus panggil nama aku..
scan untuk kali kedua, alhamdulillah, kepala baby memang dah pandang atas..
tapi kaki dia still xmau alihkan dari muka dia..
cuma kali ni kitorang bernasib baik..
selepas 10 minit pujuk-pujuk dia, dia turunkan sebelah kaki dia..
yang lagi sebelah tetap tutup separuh muka dia..
pujuk-pujuk lagi, dia alihkan sikit kaki dia ke tepi muka dia..
alhamdulillah..
dapat jugak lah tengok muka dia sepenuhnya walaupun still ada kaki dia kat sebelah muka dia..
sempat jugak jezz capturekan pic muka dia..

tapi semua tu xlama pun..
selepas beberapa minit, dia letak balik kaki dia yang sebelah tu kat muka dia..
siap pandang bawah lagi..
so, sementara nak tunggu mood baby ok lagi..
jezz pun buat detail scan..
ukur sana, ukur sini..
pas tu jezz continue pujuk baby supaya dia tunjuk muka dia lagi sekali..
jezz tekan-tekan perut aku nak suruh baby gerak-gerak utk video..
tapi bak kata jezz, anak aku ni degil dan sombong..
memang dia buat xtau je walaupun kitorang dok tekan-tekan dia..
padahal sebelum ni, pantang sungguh anak teruna aku tu kalau dia rasa ada something kat perut..
mesti cepat dia tepis..

so, end up, pic-pic kat bawah ni je lah hasil terbaik yang jezz dapat..
ada beberapa lagi pic dan video tapi itu yang terbaik..
apapun, both aku dan MR sangat berpuas hati dgn hasil kerja jezz..
kalau nak compare dgn kat jb hari tu, mmg jauh sekali lah hasil kerja diorang..
rasa berbaloi tempuh jam dari hulu kelang nak ke ampang tu..

dari scan semalam, aku tgk muka baby sekali imbas mcm muka aku..
chubby mcm MR terutama tang pipi..
hidung mancung tu mcm adik aku yang no 2..
dagu pulak mcm adik bongsu aku..
yang lain-lain, aku tgk memang mcm aku je..
hehehhee..
MR? dia kata xpa kalau baby xikut muka dia masa kecik..
nanti baby dah besar sikit, gerenti baby hensem mcm dia..
ni kata dia lah..
aku ye kan aje..
hehehehhe..

berat baby semalam dah 1.8kg..
tapi kalau tgk chubby dia, macam dah 2kg++ dah..
apapun, aku dgn MR sangat bersyukur tgk anak teruna kitorang membesar dgn sihat dan sempurna..
semoga baby terus sihat membesar dalam rahim mama sehingga dilahirkan..
semoga baby dah xsongsang lagi lepas ni..
amin..






baby dengan sebelah kaki dia kat muka..


ni dia dah alihkan sikit kaki dia ke tepi..tapi dahi berkerut macam xpuas hati kena kacau..


nampak tak hidung mancung anak teruna kitorang ni???
mesti hensem besar nanti kan??
hehehhe


dengan dahi yang berkerut lagi..


dengan mulut muncung dia..
sayang ngah buat apa tu? geram sungguh mama tgk pic ni..








Monday, December 12, 2011

masak sebelum datang keja..

selamat pagi semua..
hari ni aku kerja syif pagi..
so, tadi sebelum datang kerja, sempat lah masak kat umah utk adik aku..
ye lah, dia kan sorang-sorang kat umah..
aku pun xharap sangat kat dia nak sediakan makanan sendiri..
hari ni kira kali pertama lah aku masak dulu sebelum datang kerja..
datang kerja pun lambat..
masak punya pasal, heehehe..
aku dgn MR siap makan lagi kat umah..
so, xpayah nak beli dah..
jimat duit den, hehehehe...

Sunday, December 11, 2011

durian raub..

rezeki baby lagi hari ni..
dapat makan durian raub tadi..
memang sepanjang pregnant ni, dah banyak kali baby dapat makan mcm-mcm buah-buahan..
so, nanti time berpantang xda lah baby dgn mama teringin nak makan lagi..
alhamdulillah..syukur dgn rezeki dari Ilahi..

selamat berhujung minggu..

selamat bercuti ye semua di weekend ni..
mama dan abah baby MRS kerja hari ni..

Saturday, December 10, 2011

macam nak shopping utk mama pulak...

asyik-asyik shopping utk baby je..
dah lama xshopping utk mama dan abah..
macam nak shopping utk mama pulak..
boleh tak abah..???
hehehe..

Friday, December 9, 2011

nak masak apa besok??

seminggu lebih mak ada kat umah..
sekalipun aku xmasak, heheheh..
bila mak dah balik, mula lah penyakit malas nak masak tu datang..
hehehehe..
tapi besok tu tetap gak kena masak..
tapi nak masak apa ye besok?
adik aku cuma makan ayam je..
so, menu ayam mesti ada..

Thursday, December 8, 2011

baby bangun ajak mama main-main kul 4 am..

ngah sedap-sedap tido malam tadi..
tiba-tiba terkejut dari tido..
terkejut sebab rasa  satu gegaran yang kuat dari dalam perut..
rupanya anak teruna kitorang dah bangun dan nak kejut mama dia..
tengok jam kat hp, kul 4 am..
haddoii, awat lar baby bangun awal sangat..
pastu nak tido semula mulalah makan masa..
huhuhuhu..
1st time baby buat konsert di pagi hari...

aku bukan queen control..

semalam, lepas balik kerja..
rileks-rileks dgn MR sambil tgk ceta kat tv..
then dia ceta sal kawan dia, budak grup dia ada bgtau something kat dia..
budak tu ceta kat dia, si Z ni ceta kat dia yang selepas MR kawen dgn aku, susah nak ajak MR kuar makan..
sebelum kawen boleh je ajak kuar makan..
dia kata, MR takut nak kuar sbb takut kat aku..
aku rasa nak gelak je..

aku tanya kat MR, betul ke dia takut kat aku?
dia pun gelak ja..
si Z ni pun dah kawen..
suami dia satu opis dgn aku dan satu grup lagi..
MR pun pelik, selama ni xda pulak dia ajak MR kuar makan..
kalau ajak pun, mmg MR xmau..
bukan takut dgn aku, tapi si Z ni isteri org kan?
xkan dia nak kuar dgn isteri org??

aku xfaham betul kenapa si Z ni nak bercerita bukan-bukan hal kitorang kat org lain?
apa yang dia dapat ntah..
rasa nak je pi jumpa dia dan bagitau yang aku ni bukan mcm dia, queen control..
dari sebelum kawen lagi, dia mmg xbagi suami dia cakap pun dgn perempuan lain yang sebaya atau muda dari suami dia..
suami org sedia maklum hal tu..


aku xkesah langsung kalau sesiapa pun ajak suami aku kuar makan..
ye lah, xkan kuar dgn kawan-kawan opis pun xboleh kan?
itu pun kalau MR nak lah..hehehee
tapi aku tau dia mmg xkan nak punya..
tambah-tambah kalau nak kuar berdua..
lagi dia xmau..
so, kepada si Z tu, jgn lah suka cakap hal bukan-bukan pasal rumahtangga kitorang ni..
aku bkn jenis mcm ko..
QUEEN CONTROL  !!!!!

Wednesday, December 7, 2011

lunch prosperity burger mcD..

tadi tetibe teringin sangat-sangat nak makan prosperity burger dari mcD..
bgtau kat MR..
dia ok je..
otw nak ke tempat kerja, terus ke mcD sebelah pekan rabu..
tapau je..
so, dapat gak lah makan burger ni sebelum bersalin nanti..
hehehehe..





mak dah selamat sampai kulim..alhamdulillah..

tadi, kol mak tanya dia dah sampai mana..
alhamdulillah..dia dah sampai rumah..

Tuesday, December 6, 2011

kembali 'bertiga' malam ni...

malam ni aku, MR dan baby MRS kembali bertiga..
selama seminggu lebih mak dan adik aku stay kat umah kitorang..
tapi tadi, mak aku dah bertolak balik kulim naik bas jam 9.45 mlm..
semoga mak aku selamat sampai ke kulim, insyaAllah..
semoga Allah lindungi perjalanan emak aku..amin..

adik aku belom balik kulim lagi..
tadi pagi kitorang hantar dia ke KEM BIJAK KELAB TAHA 2011 - JOHOR..
besok pukul 3 petang baru balik umah aku..
kem tu dekat je dgn umah aku..
tapi diorang kena stay kat sana..
berkhemah lagi kat Pusat Ko-kurikulum Jb tu..
adik aku yang memang xpenah berkhemah memang sangat lar excited join kem ni..
sampai tido xlena semalam sebab xsabar nak pegi tadi pagi..
hehehheeh..

so, malam ni kat umah aku ni, kitorang kembali bertiga mcm sblm-sblm ni..
agak sedih jugak lah..
rasa sunyi je rumah ni..
sedih pun ada jugak..
tapi next week jumpa lagi dgn mak kat KL masa konvo nanti..
plan sehari selepas konvo nak ke genting..
mak dgn adik-adik belom penah sampai genting lagi..
so, ingat nak bawak la..

apa pun, sgt xsabar nak tunggu next week..
selain dari nak ke konvo dan jumpa mak then ke genting..
next week jugak nak jumpa baby..
nak scan 4d..hehhehehe

Monday, December 5, 2011

sedih nak tinggalkan suami selama 2 bulan..

tadi msg-msg MR..
bgtau dia yang aku rasa xsggp nak balik kedah berpantang kat sana..
rasa xsanggup nak berjauhan sejauh itu dari dia..
rasa xsampai hati xjumpa dia lama-lama..
belum penah berjauhan dari MR sejak berkahwin..
rasa nak berpantang sendiri kat JB..

sedih sangat bila fikir dah makin sampai masa nak berjauhan dgn MR..
sampai sebak je rasa..
huhuhu...

suami malas bekerja..

tadi berborak dgn kawan-kawan opis yang dah byk pengalaman..
borak tentang sorang kwn opis pompuan yang suami dia malas bekerja..
dah 2 tahun kawen dan ada sorang anak..
 sian sgt dgr kisah dia..

terus rasa bersyukur sbb dapat suami yang sangat rajin..
sebelum ni bersyukur jugak..
tapi hari ni lebih bersyukur..

MR bukan setakat rajin bekerja mencari nafkah utk kami sekeluarga..
malah dia jugak sangat rajin bantu aku buat kerja rumah..
dia penat mcm mana pun, dia tetap akan tolong aku..
bukan sebab aku mengandung je, aku xpregnant pun dia sangat rajin tolong aku..
xtau mcm mana life aku kalau dapat suami mcm suami kawan tu?
mesti dah meroyan dah aku pikir masalah ni..

setiap hari berdoa supaya MR tetap MR yang saya mula kenal dulu, kini dan sampai bila-bila..
semoga MR xkan berubah kepada perkara yang mendatangkan keburukan dlm rumahtangga kami..

aku sangat xfaham dgn lelaki yang xtahu nak bertanggungjawab..
pendapat aku, tanggungjawab seorang suami bukan setakat seks je..
semua keperluan isteri dan anak adalah menjadi bawah tanggungan suami..
seorang suami wajib menyediakan segala keperluan isteri serta anak-anaknya..
bukan mengaharapkan 100% kewangan drpd isteri..

entahlah..
apa nak jadi dgn dunia sekarang ni..




Sunday, December 4, 2011

MUHAMMAD ADAM..

sedikit keliru dgn nama MUHAMMAD ADAM..
ada yang bgtau xelok letak nama Muhammad di hadapan nama Adam coz Nabi Adam  Nabi pertama, so nama pun kena letak yang pertama..
nama Muhammad lak kena letak belakang nama Adam coz Nabi Muhammad nabi yeng kemudian dari Nabi Adam, so nama kena letak selepas nama Adam..
sangat keliru dgn perkara ni..
harap sangat ada yang membantu...

panduan memberi nama anak..

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.
9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.

baby xmau kawan dgn mama...

semalam baby mcm xmau kawan dgn mama..
nak kawan dgn abah je..
bila mama panggil baby, baby diam je..
tapi bila abah yang panggil, cepat je baby respons..
sedih betul mama rasa semalam..
hope baby nak kawan dgn mama hari ni..

bekerja di pagi ahad..

selamat pagi semua..
pagi ni aku dan MR kerja..
so, seperti biasa..
kerja di hari ahad memang sangat rileks..
so, memang sangat lar best..
hehehehee...

Saturday, December 3, 2011

ombak rindu...

semalam petang bawak mak dgn adik aku p tgk wayang..
actually mak aku yang nak tgk wayang sangat..
dia nak tgk ceta ombak rindu..
so, semalam pas MR balik dr solat jumaat, kitorang pun siap-siap lar..
tgk internet ceta tu kat GSC leisure mall,pelangi kul 1500..
so, kitorang 1430 dah sampai kat leisure mall..
adik aku memang marah betol ajak dia tgk ceta ni..
tapi dia kena paksa tgk gak, hehehehe..

ceta ni pada pendapat aku so..so.. aje..
bosan gak lar nak tunggu abeh 2 jam tu..
jalan ceta bes tapi yang xbesnya banyak sangat scene yang dibuat ala kadar je..
MR pun sampai tertidur dia..
adik aku apatah lagi..
bebai lar dia tgk ceta xbes..
mak aku je yang layan ceta ni sepenuh ati dia..
part yang aku dgn MR paling suka ceta ni ialah view dia..
sangat lar cantik..
terutama masa scene kat kg Izzah tu..


about 71 days to go..

insyaAllah...
akan jumpa baby lebih kurang 71 hari lagi..

mama dgn abah sentiasa doakan baby sihat, membesar dgn sempurna fizikal dan mental, dan lahir ke dunia ni dgn selamat..mama dgn abah xsabar nak jaga, nak belai baby, nak didik baby supaya baby jadi seorang hamba yang taat kepada Allah, anak yang baik kepada ibu bapa serta abang yang boleh menjadi contoh kepada adik-adik baby nanti..
 
INSYAALLAH..AMIN..

baby sombong ke??

berborak dgn MR tentang baby, mcm-mcm boleh kitorang imagine..
hehehehehe...
bila baby suka tepis tangan org lain bila ada org lain pegang perut, terus kitorang bayangkan yang baby sombong..
hehehehee..
bila tangan mama or abah dia pegang perut, dia ok je..
bagi respons ajak main lagi dgn dia..
tapi bila tangan nurse, doc even pak su dia yang pegang perut..
kuat dia tepis..
tunjuk sgt dia xselesa or xsuka dgn tangan org lain..
hahahahaha...
kelakar betul anak mama dan abah ni..
terus kitorang anggap yang baby sombong...
boleh mcm tu???

29 weeks 6 days...

29 WEEKS 6 DAYS..
BABY EFW : 1.4 KG

ALHAMDULILLAH

mak dah nak balik kedah..

next week mak dah nak balik kedah..
maybe balik ari selasa malam..
tiket bus blom beli lagi..
ikutkan mak dia nak balik ahad malam..
tapi aku mintak mak stay sampai selasa malam..
bukan apa, kalau balik awal2 pun, mak sorang2 je kat umah..
adik aku yang no dua tu ada kursus kat poli shah alam sampai 9hb..
adik yang bongsu memang nak stay kat umah aku sampai aku konvo nanti..
so, kalau balik awal2 pun xdak sapa kat umah..
baik mak stay je kat rumah aku kan??

another appoinment 4d scan..

semalam selepas berdiskusi dgn MR mengenai scan 4d, kitorang decide nak repeat lg skali..
kali ni kitorang plan nak buat kat ampang lak..
buat dgn sonographer jezz yang kwn2 kat RH rekemen tu..
so, appoinment on 17th dis 2011 at 8pm..
location at klinik fatimah, ampang..

jezz ada bgtau dlm sms dia kat aku..
klu time scan tu xnampak muka baby, no charges..
so, kitorang pun setuju la..
aku konvo sesi petang 17 dis..
abeh je konvo, kena terus gerak ke ampang lar gayanya..
hope time tu baby yang ensem ni nak lar tunjuk muka dia dgn jelas kat mama dgn abah dia..
rindu betul kat baby..




Friday, December 2, 2011

tudung konvo..xtau nak pakai pesen apa???

konvo 17 dis 2011..
lagi 2 minggu mcm tu..
baju dah beli..
utk raptai pun dah sediakan..
tapi tudung blom beli lagi..
xtau nak beli tudung pesen mcm mana..
huhu..
kasut mmg pakai kasut crocs je..
xberani nak pakai heels..
bila ntah nak ada masa nak ushar tudung dan pesen yang sesuai dgn baju..
huhuhu..
pakai jubah je nanti...
permintaan suami...

peel anak teruna sahabat baik abah...

hari ni dah 30 weeks usia anak kesayangan kitorang ni..
hari ni ada check up kat KKIA..
kul 1400 baru kitorang ke klinik..
memang dah xpenah buat appoinment pagi dah..
ramai sgt orang..
lomah lotut den nonggu turn..

mula-mula sampai klinik mcm biasa lar..
amek no, register..
then g toilet utk amek urine..
then tunggu..
hampir 20 minit gak lar sblm sampai turn aku..
sampai je turn aku, terus timbang berat..
naik 1kg utk 2 weeks..
ok lar kan?
then check BP..
bp pun ok je..
as usual..hehehehe..
nurse bgtau result MGTT aku wat last week pun  normal..
means xda apa masalah lah..
tehn, dia check urine aku..pun ok..
alhamdulillah..

pastu kena tunggu lagi..
utk wat check up hearbeat dan tinggi rahim..
hampir 30 minit baru sampai turn aku..
masuk je bilik rawatan tu, terus aku baring..
nurse pun ukur lar tinggi rahim..
31 cm kata dia..
ok lagi..

then dia amek fetal doppler utk amek bacaan heartbeat baby..
dan di sinilah bermulanya peel anak teruna sahabat baik abah ni..
bila nurse tu letak je fetal doppler tu kat perut sebelah kanan, baby lari ke sebelah kiri..
begitulah peel baby seterusnya..
sampai nurse tu dah panggil kawan-kawan nurse dia mintak tolong dapatkan heartbeat baby sbb dia dah give up...
tapi baby tetap buat peel yg sama..
kejap ke atas,ke kanan, ke kiri, ke bawah..
merata dia lari asalkan alat tu xtekan dia..

lastly dtg nurse yang berumur sikit amek fetal doppler tu then tekan perut agak kuat sikit..
tau apa lak baby buat?
baby tendang sekuat hati fetal dopller tu sampai terangkat benda alah tu dari perut..
tergelak kitorang semua..
marah sungguh kot baby time tu, hehehehhe..
then, nurse yg dah berumur tu cakap dgn baby..
"budak, dok diam-diam sikit ye"
pastu baru lar nurse tu dapat dgr heartbeat dia walaupun sangat perlahan..

keluar je dari bilik rawatan tu, terus jumpa MR..
terus ceta kat dia peel anak teruna kesayangan dia tu..
trus kitorang sama-sama gelak besaq..
hehhhheehe..
macam-macam peel anak teruna kitorang ni..

dia memang sangat xsuka ada benda atas perut selain tgn mama dgn abah dia..
letak buku atas perut pun dia akan tolak tepis sekuat hati dia..
" buat lah apa pun kat dalam ni ye sayang..asalkan anak kesayangan mama ni baik,sihat dan membesar dgn sempurna"

berat baby masa scan semalam dah mencecah 1.4kg..
sekejap je dia membesar..
alhamdulillah..
and masa check up tadi, dia pun dah xsongsang dah..

mama dan abah sangat sayang kat anak teruna hensem kami ni..

Thursday, December 1, 2011

scan 4d..baby malu-malu...

semalam petang, pas aku dgn MR balik keje..
kitorang plan nak ke Johor Jaya Maternity Specilalist..
niatnya nak buat scan 4d + video scan tu..
pas rehat-rehat, makan, kitorang pun kuar rumah..
sebelum ke johor jaya tu, MR ke shell berdekatan rumah kitorang ni nak isi minyak..
pas isi minyak, MR nak isi angin tayar yang dah kurang tu..
ngah isi angin tu, tetibe tube tayar tu rosak..
bila angin dah isi, nak tarik je pump tu dari tube, terus kempis tayar tu..
so, kena lar tukar tayar tu dgn tayar spare..
berpeluh jugak lar MR tukar tayar sorang2..

aku yang tengok MR tukar tayar tu terus jadi kesian..
terus rasa xpayah nak pegi scan tu lagi semlam..
buat lain kali saja..
tapi MR ckp dia ok lagi..
boleh lagi kalau nak pegi..
so, kitorang pegi gak lah..
otw nak ke sana punyalah jammed..
maklumlah, time org balik kerja..
dlm kul 1800 mcm tu baru smpi kat johor jaya maternity specilalist tu..

dah smpi terus register sebab klinik tutup jam 1830..
time kitorang sampai, ada 2 patient je..
so, xda lar lama mana kitorang tunggu..
dah masuk dalam, trus doc suruh baring..

mula-mula doc wat detail scan dulu..
scan 2d je..
check heartbeat baby and etc..
yang xseronoknya, baby songsang pulak masa scan tu..
so, doc ckp chances nak nampak muka baby rendah..
tapi doc tru jugak godek-godek..
bila dh nampak muka, doc trus wat scan 4d..
tp malangnya, bila wat je scan 4d, trus anak kesayangan kitorang ni tutup muka dia dgn kedua belah tangan dia mcm nak boxing..
berkali-kali try cakap dgn baby..
tapi dia tetap malu-malu..
doc siap suruh aku mengiring ke kanan, ke kiri lagi utk cari posisi baby yg terbaik..
tapi baby tetap malu-malu..
dapat tgk kejap je muka dia..
huhuhu..

so, doc ckp dtg lagi selepas 2 minggu..
hurrrmmm..
bayaran tetap rm160 walaupun tanpa video + print 4d..
cuma dpt sekeping print 2d je..
lagi 2 minggu kitorang balik kl..
ingat nak buat kat kl je lar kot nanti klu ada rezeki lebih..
malas dah buat kat klinik tu..
huuhuhuh..


mengharapkan hasil sebegini..tapi apakan daya...

macam-macam nak cerita, tapi...

haiiishh..
tersangat lah busy..
nak BW pun xsempat..
busy sebab mak dgn adik ada kat rumah..
adik lak asyik guna je lappy ni..
so, xsempat nak online..
padahal mcm2 nak cerita kat sini..
tapi tu lar..
xsempat lagi..

Wednesday, November 30, 2011

dah cuci pakaian baby..

tadi tengah hari bersama suami tercinta menggagahkan diri jugak basuh pakaian baby.
walaupun asyik hujan je, tetap jugak nekad nak basuh baju2 tu hari ini..
pas ni blh lar lipat2 and simpan elok2..


Wednesday, November 23, 2011

mood hapdate blog hilang..

hampir seminggu blog x berhapdate..
belom ada mood...
mood hilang ke mana ntah..
kita tunggu besok macam mana..
tp still BW blog kawan2 ye..

baby sihat dan aktif minggu ni..

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011...

ada tak yang nak abadikan tarikh ni dalam hidup diorang?

20.11.2011

tahun ni memang banyak tarikh-tarikh yang ada no menarik kan?
bermula dgn..

01.01.11
11.01.11
01.11.11
11.11.11
20.11.2011

mesti ada yang memilih salah satu dari tarikh-tarikh di atas ni utk buat perkara yang paling bermakna dlm hidup mereka kan?
mungkin ada yang memilih utk bernikah..
memilih utk bertunang..
memilih utk melahirkan bayi mereka..
dan sebagainya..

tapi bagi aku, tarikh-tarikh tu xda makna apa pun..
aku xda lar nak buat something special pada tarikh-tarikh tu dgn MR..
bagi aku, setiap hari adalah istimewa selagi MR masih disisiku..
dan selepas ni akan lebih istimewa dgn kehadiran chentahati kami..
insyaAllah..

"semoga Allah sentiasa kurniakan kebahagiaan dalam hidup kami sekeluarga dan semoga kami berkekalan berkasih sayang selamanya, insyaAllah.."


abah dan mama OT malam..

malam ni both mama dan abah buat OT..
selalu abah je yg ot..
tp stat off day set lepas, mama pun buat rajin ikot abah ot mlm..
insyaAllah akan ot lg utk off day set depan..

hari ni mama dgn abah sakit-sakit badan..
semalam keja malam..
balik keja, masing-masing terus tdo...
bangun tido, mandi-mandi,solat, trus g kipmart..
nak bli barang basah buat stok seminggu..
so, tadi bli ikan keli, udang, sotong, ayam je..
cukup lar sampai khamis nanti..

tadi balik je dr kipmart, trus mama dgn abah masak sama-sama..
hari ni abah nak makan ikan keli..
so, tadi mama masak ikan keli sambal dgn sayur bening bayam..
tu je menu utk hari ni..

pas masak dan makan..
abah ajak buat kuih keria..
tgk resipi dalam buku resipi yg baru beli semalam..
buat sikit je..
keledek pn sekilo je..
so,sambil tgk game malaysia - myanmar, mama dgn abah pn gigih lar uli doh kuih keris ni..
2 jam jugak la baru siap uli, buat bentuk dan goreng..
alhamdulillah menjadi jugak lar kuih keria tu..
cuma xbrapa pandai nak buat air gula dia lagi..
huhuhu..

mama dgn abah sampai sakit-sakit badan sebab xcukup rehat..
abah sampai sms mama tadi..
"besok balik keje, kita tdo je sampai petang"
hehehehe..
penat sangat lar abah tu..
ye lah, dia yang tolong mama siang ikan keli, basuh ayam, udang, sotong..
mana xpenat..
hehehehehehe..
sian kat abah kan?

hari ni gak baby RS mcm malas-malas nak gerak..
w'pun tetap rasa pergerakan setiap 10 minit, tapi pergerakan yg perlahan je..
xmcm selalu..
selalu baby mesti akan kick mama kuat-kuat..
abah pun xda masa nak berborak dgn baby..
sebab tu kot baby merajuk..
huhuhu..

Saturday, November 19, 2011

malaysia layak ke final..

tahniah buat team harimau muda malaysia yang secara rasminya layak ke final sea games..

T.A.H.N.I.A.H

Friday, November 18, 2011

jubah dah siap..or tempah??

next month konvo sampai skrg blom decide nak pakai baju apa?
MR suh pakai jubah/hajaba..
ok lar kot utk aku yg pregnant ni..
tapi skrg yang jadi masalah, nak cari yang siap or tempah?
klu bli siap, muat ke dgn aku yg tinggi ni?
perut pun makin membolat skrg ni..
ada size ke?

kalau nak cari kain and tempah, sempat lagi ke?
xmahal ke?
nak buat design macam mana ye?
pening..pening..

pesta buku popular..

mulai dari hari ni, 18hb nov sehingga 28hb nov, kat expo danga city mall ada buat pesta buku dari popular..
so, tadi balik keja pukul 1500, terus singgah..
ramai gak orang..
tapi pesta buku ni byk buku cina je..
so, tadi sempat lar buat member card..
rm12 per year..
pas pusing-pusing, cuma bli beberapa buku je..


buku yg hujung sekali tu MR yg suruh beli..
1 Hari 1 Resipi oleh Chef Hanielieza..
banyak resipi dalam ni..
resipi yang simple-simple lak tu..
yang boleh masak utk hari-hari biasa..
dari makanan melayu, nasi-nasi hingga ke western..
so, minggu ni off day weekend..
dah plan nak masak something dari resipi dlm buku ni..

buku Dahsyatnya Taubat Nasuha dari Ibnu Qudamah Al-Maqdisy ni plak buku mengenai kisah-kisah insan yang mendapat hidayah Tuhan..
buku ni blom start belek lagi..
insyaAllah off day nanti boleh lar start baca..

buku yang paling kanan tu, novel lar..
hehe..
kegemaran hamba..hope best lar novel ni..
ni pn blom sempat belek lagi..
tggu weekend gak kot..
insyaAllah..


ni buku latihan darjah 5 utk adik aku, Mohammad Syafizul Daniel..
dia nak abiskan cuti sekolah dia kat umah aku..
next week baru sampai jb..
so, cuti sekolah kali ni sama spt sblm2 ni jugak..
kena buat latihan sebanyak mungkin utk persediaan masuk darjah 5 tahun depan..
aku lar akan jadi cikgu tuisyen xrasmi dia..

total semua buku-buku ni RM71.90
nanti kalau ada masa dan fulus lagi, boleh lar pegi sambar buku-buka lain pulak..
hehehhehe..

Thursday, November 17, 2011

malaysia ganyang indonesia..

selepas 90 minit berjuang, akhirnya malaysia kalahkan indonesia..
walaupun menang tipis 1-0, tetapi malaysia tetap tewaskan indonesia di atas kertas..
tahniah kepada team harimau muda malaysia..
walaupun banyak terlepas peluang keemasan..

nak tegur sikit kepada penonton indonesia di stadium gelora bung karno..
lain kali tlg hormat sikit ye bila lagu kebangsaan negara lain dimainkan..
tolong diam sekejap..
bukan lama pun..
geram tgk bila lagu Negaraku dimainkan di stadium GBK..
penonton indonesia buat bising..
mcm xda tamdun langsung..
cuba kalau org xhormatkan lagu kebangsaan negara dia..
apa perasaan rakyat indonesia tu sendiri?
moto sukan sea kali ni BERSATU & BANGKIT..
tapi xnampak pun mcm BERSATU..
tiap-tiap kali ada perlawanan melibatkan pemain malaysia..
mesti penonton akan menggangu konsentrasi pemain malaysia..
cth mcm badminton dan aquatik..

rakyat indonesia sepatutnya sedar yang beribu sahabat mereka mencari rezeki di malaysia..
xboleh ke pupukkan sedikit semangat setiakawan sesama rantau?
entahlah..malas nak komen lebih-lebih..
apa pun memang sgt kecewa dgn sikap rakyat indonesia utk sea games kali ni..

mc..boleh layan bola..

ari ni mc sbb tgn sakit-sakit lagi pas cucuk TT tu..
so, dpt lah tgk bola malaysia - indonesia mlm nanti..

abah dan baju baby..

abah sangat teruja kalau pegi shopping complex skrg ni..
tambah teruja kalau ke baby department..
mata bersinar-sinar..
semua baju yang abah tengok, mesti dia nak belikan utk sayang..
nasib baik mama boleh control lagi peel abah tu..
kalau tidak, mmg boleh buka kedai pakaian baby lar kat umah kita ni..
hehehe..
abah sangat happy dengan kehadiran sayang dlm kehidupan dia..


minum air gula..terlupa puasa la..

pagi tadi ada appoinment minum air gula..
tapi kensel sal smlm kul 10.30pm baru nk makan..
siap minum susu sblm tdo kul 12am tu..
so, tadi kol klinik, dia suh datang isnin depan lak..
hahahahaaha..
mcm mana blh lupa ntah???

Tuesday, November 15, 2011

geram dgn KKIA larkin..

 tadi g check up kat KKIA larkin..
appoinment kul 1400..
aku dgn MR sampai klinik kul 1410..
org pun tak brapa ramai hari ni..

lepas check urine, timbang..
alhamdulillah, berat naik 2kg seperti sepatutnya..
hb turun dari 11.8 kepada 11.4..
tapi nurse kata still ok lagi selagi atas dari 10..
pastu hari ni aku dah dapat dos kedua TT..
smpi saat ntry ni ditulis, belum rasa sakit dan lenguh2 lagi..
harap mmg xkan rasa lar..

tadi gak aku pun tanya kat nurse tu result MGTT aku yg aku buat 24hb okt hari tu..
tau apa nurse tu jawab..?
aku kena minum air hula tu sekali lagi sebab darah aku beku masa..
geram betul rasa time tu..
kalau air gula tu sedap mcm fresh orange xpelar jugak..
huhuhu..
so, set appoinment 17hb ni..

tadi jugak buat pertama kali aku dgr heartbeat baby melalui fetal doppler..
laju je jantung baby berdegup..
alhamdulillah..
tapi yang xbrapa nak bestnya tadi masa nurse ukur tinggi rahim, dia kata 22 cm je..
padhal sepatutnya dah 27-28 cm dah..
so, dia suh g refer doc utk scan..
sblm g jumpa doc, aku sempat g jumpa dentist..

time jumpa doc, dia trus suruh aku baring..
bila dia tekan2 perut, dia kata normal je tinggi rahim aku..
bila dia scan pun dia kata xda apa masalah..
dia pun geram dgn nurse2 dia..

aku dah malas nak pikir bukan2 time tu coz aku tau anak aku xda masalah..
biar lar nurse nak cakap anak aku kecik ke apa..
yang penting aku tau anak aku membesar dgn sihat..
dan semakin aktif dari hari ke hari..
bsk aku dah start kena kira gerakan anak..
so, mcm assignment lar utk aku..



Monday, November 14, 2011

90 days..insyaAllah..

counting days..
90 days more to go..
insyaAllah..

check up kat KKIA 15 nov 2011..

bsk monthly check up kat KKIA larkin..
appoinment kul 2 ptg..
malas pegi pagi..
org tersangatlah ramai..
besok gak maybe cucuk TT dos kedua..
hope xdemam n lenguh2 mcm ari tu..
obimin pn dh abeh..
ari ni mkn neurogain je utk baby..

4d scan..dah booking..

memang dari awal pregnant dah plan nak wat 4d scan utk baby..
nak simpan video tu utk kenangan..
so,khamis ni dh cukup 28 weeks..
orang cakap klu nak buat 4d scan kena buat between 28-30 weeks..
so, tadi dgn gigihnya kol johor maternity booking utk 4d scan next week..
insyaAllah..
w;pn dh tau gender baby, dh tgk rupa baby tapi tetap nak tunaikan impian yg satu ni..
hehehehehe..


Sunday, November 13, 2011

kerja di hari ahad..sangat bosann...

hari ni aku dgn MR keje syif petang..
dari kul 1500 - 2300..
sampai opis kul 1457 tadi..
sampai skrg blom ada keja lagi nak buat..
huhuhu..

kerja di hari ahad mcm ni lar..
sangaaaaatttt lar bosan..
aku kerja bahagian operasi..
so, selagi xda lori yang masuk, mmg rileks je lar..
sampai saat ni, blom nmpk lagi lori masuk..
huhuhuhu..

baru pas layan movie..baby tdo..

aku dgn MR br pas layan movie..
MR xda layan mana pun..
dia sambil tgk movie kat lappy, sambil main game bola kat PS3 dia..
aku l,ayan sorang-sorang je lar senanya..
baby dlm perut pn tdo time aku layan movie td..

tadi aku start layan ceta Klip 3gp..
ceta ni pada pendapat aku mmg xrugi lar MR upload..
tapi kan rugi kalau g tgk kat pawagam or beli cd cetak rompak..
hehehehe..
giler xbest langsung..

pas abeh Klip 3gp, aku cont movie Karipap2 Cinta..
ceta ni pn bagi aku xda lar best mana..
tapi best sket lar dari klip 3gp..
pas abeh 2 movie ni, aku pn xtau dah nak tgk movie apa..
last2 online je..
hehehhehe...
MR ngah main PS3 lagi..




Saturday, November 12, 2011

berdua..layan AIM ke 18..

MR ot lagi ari ni..
pas balik jemputan tadi, dia trus g keja..
so, skrg kat umah berdua dgn anak kesayangan hamba..
melayan AIMke 18..
xsampai sejam, insyaAllah MR sampai umah..
rindu dah kat suami kesayangan dinda tu..


psst : plan nak marathon movie malam ni bertiga..

baby..baby menyorok kat mana??..

hari ni dapat dua jemputan kenduri kawen..
walaupun hujan lebat dari pagi tadi, kitorang gagahkan jugak pegi..
kenduri pertama kitorang pegi kat dewan taman bakti..
sampai2, hujan pun dah renyai..
nasib baik buat kat dewan..
so, xberapa lar lecah sgt..
sbb ngah lapar, smpi2 cr tuan umah xjumpa, kitorang trus makan..

dah siap makan, lepak2 kejap..
pastu terjumpa dgn akak opis lama dulu..
dah setahun lebih xjumpa dia..
pas salam2, tanya khabar, akak tu tanya soalan bonus kat aku..
" sheila blom pregnant lagi ke?"
aku gelak je..
"akak, org ngah pregnant lar ni..dah 7 bulan dah"
akak tu pandang perut aku, pastu..
"tipu lar..xnmpk pn perut org pregnant"
hahaha..aku pn xtau nk ckp apa dah..

baby mmg mcm tu..
kalau kat umah, perut mmg nampak besar dah..
tapi bila kuar dari umah, terus nmpk perut mcm biasa..
MR kata baby malu-malu..
ye lar tuh..

"sayang menyorok kat mana ye tadi?"


persiapan baby..yang dah ready..

setakat saat ni, aku dan MR dah siapkan hampir 80% barangan baby utk menyambut kelahiran anak kitorang..
setakat ni dah ada :

2 set tilam kekabu + sarung ( 1 set nak tinggal kat kulim )
set botol susu tommee tippee
sterilizer tommee tippee
mosquitoes net anakku..
toiletries travel pack anakku..
electric + battery breast pump ( lupa brand apa )
medicure kit baby kiko
diaper bag yg simple
barut baby ( ni mak buat utk cucu sulung dia )
1 helai swaddle baby kiko
1 helai blanket hooded baby kiko
1 set towel anakku ( 1 bath towel,1 hand towel )
4 pasang baju + seluar panjang ( 2 pasang mak aku yg balikan )
7 pasang baju + seluar pendek ( 3 pasang mak aku blikan gak )
1 pasang rompers baby kiko + cap + booties
1 pasang bareback ala jeans + t-shirt ( ni pn mak aku blikan )
10 set booties + mittens
set bakul ( utk pakaian,ubatan,toiletries baby -mak aku blikan )

banyak gak barang baby yg dah di sediakan..
minyak + ubat baby pun mak aku kata dia nak belikan..
so, utk beberapa barang lagi, mungkin akan dibeli sebelum awal januari..
barang yang xberapa nak guna lagi kan dibeli selepas tempoh berpantang..
skrg yg penting je aku dan MR akan sediakan sebelum bersalin..
yg lain-lain akan dibeli selepas tamat tempoh berpantang 50 hari spt arahan mak aku..