Thursday, December 22, 2011

berpindah ke blog baru...

dah tension dgn blog skrg..
akan berpindah ke blog baru ni..
jemput lah ke sini ye..

online shopping..

hari ni dalam sejarah..
dari pagi tadi dok online je..
last-last terpengaruh dgn online shop utk barang baby..
melayang hampir rm100 gak lah..
beli gift set utk anak my friend, AMANDA NUR IRDINA..
then beli 1 sweater untuk hero kitorang..
nak try je, so xblh lagi shopping byk-byk..

33 minggu yang sangat indah..

alhamdulillah..
baby dah 33 minggu hari ni..
33 minggu yang sangat indah dalam hidup aku suami isteri..
bersyukur dengan kurniaan dari Ilahi ini..
sangat bahagia dengan hidup aku sekarang ni..

Wednesday, December 21, 2011

cerita konvokesyen..

aku baru selesai hadir majlis konvokesyen aku last saturday..
xda apa yang menarik pun bagi aku..
yelah, hati macam terpaksa je nak pergi..
huhuhu..

aku punya turn sesi petang..
so, pendaftaran bermula jam 12.15pm..
11.45am aku dah sampai UTM KL..
mak aku sampai sg buloh kul 9.30am..
pas amek mak,bawak mak g breakfast dulu kat setiawangsa..
then terus hantar mak kat hotel..
itu yang kul 11.45am dah ada kat utm tu..
pas hantar mak kat hotel, sementara mak nak rest,xtau nak buat apa..
so, MR decide nak hantar aku g utm terus..

masa aku sampai tu, dah ramai yang berbaris utk pendaftaran..
dalam cuaca yang sangat panas tu, aku pun join berbaris gak..
nasib xserapa lama proses pendaftaran tu..
selesai pendaftaran, semua graduan diminta berkumpul di bilik kuliah sehingga dipanggil berbaris utk ke dewan besar..
so, bila aku dah masuk dewan kuliah tu, MR pun gerak g hotel utk jemput mak dan adik-adik aku utk datang ke utm jugak..

dalam 1.30pm, para graduan diminta berbaris utk ke dewan berlangsungnya majlis dgn mengikut giliran masing-masing..
dah siap berbaris, kitorang pun berjalan menuju ke dewan dan dibenarkan duduk di tempat yang disediakan..
alhamdulillah..risau jugak aku kalau kena berdiri je sepanjang majlis berlangsung..

masa tengah tunggu turn aku utk naik ke pentas, memang rasa berdebar-debar sangat..
berpeluh-peluh aku kat dalam bilik air-cond tu..
macam-macam perasaan ada..
xtau nak describe macam mana..
so, bila nama aku dipanggil, memang aku panik betul..
sampai MR bgtau, dia tgk aku kelam kabut mcm nak terberak je, huhuhu..

ntah lah, aku pun xtau aku jalan laju ke tak..
yang aku tau, aku nak cepat turun dari pentas tu..
bila dah turun je dari pentas, memang rasa relieve sangat..
alhamdulillah, xda perkara memalukan terjadi kat aku, hehehehe..

dalam 3.45pm, majlis dah selesai..
aku pun terus ajak famili aku ke studio yang disediakan utm utk tangkap pic famili..
selesai je tangkap gambar famili, hujan pun mula turun..
so, xsempat nak amek pic kat utm..
lagipun, aku terlupa nak bawak kamera..
guna kamera hp je..

kat bawah ni je ada pic aku dan famili yang sempat aku amek guna hp MR..
nak ceta sal baby..
baby behave sangat sepanjang majlis berlangsung..
cuma masa kat atas pentas je terasa baby buat ombak..
lain-lain waktu, baby baik sangat..

"sayang sangat kat anak teruna mama nih.."


dengan baby dan bunga dari MR..


dengan adik-adik aku..


dengan mak aku yang datang dari kedah..


dengan suami tercinta yang banyak support aku wat pjj..
yang banyak tolong aku siapkan thesis..















Tuesday, December 20, 2011

dah lapar..

tadi pagi breakfast dalam pukul 8.30 am..
makan nasi putih dgn daging masak kicap terus..
sekarang dah mula rasa lapar..
tapi xmau makan nasi..
ingat nak makan sup-sup, heheheehe..

terpaksa naik bas..

baru lepas dapat kol dari airasia..
selepas 35 weeks pregnancy, TIDAK dibenarkan naik flight dah..
huhu..
macam mana nak balik kedah untuk bersalin nanti??
xlarat aku nak naik kereta..
jb-kl pun rasa terseksa dah..

mula-mula kol airasia cakap dgn PR dia, dia kata boleh..
cuma kena dapatkan surat dari doc..
then tetibe dia kol balik bgtau dia silap bagi info..
selepas 35 weeks dah xboleh naik flight dah..

terpaksa lah balik kedah nanti naik bas je..
naik bas lagi selesa dari naik kereta..
lagipun kalau jadi apa-apa, suami ada..
kalau naik kereta, mana dgn MR nak drive lagi..

berdoa untuk baby setiap saat..

setiap saat, berdoa supaya baby tidak songsang lagi..
berdoa semoga baby kembali kepada kedudukan normal nya..
berdoa semoga baby dilahirkan secara normal..
berdoa supaya baby sabar sehingga aku selamat sampai kedah, baru baby keluar..
insyaAllah..
semoga Allah makbulkan doa aku..

cerita tentang konvo..

belom ada masa nak bercerita tentang konvo aku hari sabtu lepas..
mood pun spoil sebab xtahu apa masalah blog ni..
akan update kemudian..

Monday, December 19, 2011

aku yang sedang bingung..

b.i.n.g.u.n.g

aku sedang bingung dengan blog aku ni..
sampai sekarang aku xtau apa masalah blog ni..
setting ke, template ke...
haaddddoooiii...........!!!!!!!!!!!

dah tukar template,tapi..

aku dah tukar template..
tapi blog aku masih tiada perubahan..
masih tiada ruangan komen di bawah setiap entry..
dah tak tau nak buat apa lagi..
mintak tunjuk ajar dari pakar sangat-sangat..

blog in progress..

tuan blog ini yang kurang pandai menghias blog sendiri terpaksa menukar template blog ini..
so, untuk seketika blog ini akan kelihatan "bukan-bukan"..
tuan blog ini akan try an error untuk membaik pulih blog ini..
semua ni gara-gara nak letak comment kat blog..
haaaisshh..

Thursday, December 15, 2011

macam mana nak letak comment kat dalam blog??

aku dah xtau nak setting macam mana lagi kat blog aku ni..
aku dah buat kak bui ajar ni..
tapi kenapa kat blog aku ni still xboleh nak letak post a comment kat bawah entry aku ni..
kalau nak tengok comment, kena klik dulu kat title entry tu, baru boleh nampak post a comment..
mcm mana nak buat ni?
blog orang lain ada je comment kat bawah tiap2 entry..
argghhhh...
tension dah ni..
ada sapa2 boleh tolong aku x?

chenta hati sheilaradzi..scan 4d

semalam, 14 dis 2011, aku, MR dan adik aku ke klinik fauziah, ampang..
ke klinik tu bkn sebab aku xsihat..
cuma aku ada appoinment dgn sonographer jezz utk scan 4d anak aku..
appoinment aku sepatutnya 17hb dis nanti..
tapi sebabkan takut kelam kabut dgn konvo aku yg xtau abeh kul brapa, aku awalkan appoinment tu..

sepatutnya jumpa jezz jam 6pm, tapi aku sampai dlm 5.20pm..
sampai2 kat klinik,jezz belom sampai lagi..
so, kitorang pusing2 kat manjaku store kat seberang jalan dr klinik fauziah tu..
selepas 15 minit, jezz sms aku bgtau dia dah sampai klinik..
so, kitorang pun terus gerak ke klinik..

sampai je klinik, terus jezz panggil nama aku utk masuk bilik..
aku rasa time tu dalam 5.40pm..
start je jezz nak scan, tgk baby songsang sikit..
muka dia menghadap bawah..
kaki dia pulak dia letak betul-betul kat muka dia...
sebelum pegi scan tu, abah dia dah pesan kat baby supaya jangan tutup muka dgn tangan mcm ari tu..
memang dia xletak muka dgn tangan dah, tapi dia letak kaki lak kat muka dia..

puas jugak lah jezz pujuk-pujuk dia suruh pusingkan muka dia..
then, dia pusing muka dia menghadap atas selepas 15 minit kitorang pujuk-pujuk dia..
tapi kaki dia still kat muka..
so, jezz suruh aku keluar dulu, makan makanan yang manis-manis..
selepas sejam dia akan panggil aku untuk scan kali kedua..
dia pesan gak suruh aku banyak berjalan-jalan sebelum scan lagi..

so, MR bawak aku ke restoran ani sup utara yang letaknya berhadapan klinik fauziah tu..
kat situ, aku cuma order lai chi kang..
mula-mula minum lai chi kang tu, belum rasa sangat manisnya..
tapi bila dah nak abih lai chi kang tu, baru lah terasa manis yang melampau..
aku minum jugak walaupun tekak dah kembang..
kepala pun terus rasa pening..
ye lah, selama ni aku bukannya makan or minum manis-manis ni..
tu yang tekak xbrapa boleh nak terima..
pas tu, MR blikan aku coklat dgn teh o ais pulak..
aku makan je lar coklat tu..
nak manis kan?

lepas hampir sejam, kitorang masuk klinik semula..
then jezz terus panggil nama aku..
scan untuk kali kedua, alhamdulillah, kepala baby memang dah pandang atas..
tapi kaki dia still xmau alihkan dari muka dia..
cuma kali ni kitorang bernasib baik..
selepas 10 minit pujuk-pujuk dia, dia turunkan sebelah kaki dia..
yang lagi sebelah tetap tutup separuh muka dia..
pujuk-pujuk lagi, dia alihkan sikit kaki dia ke tepi muka dia..
alhamdulillah..
dapat jugak lah tengok muka dia sepenuhnya walaupun still ada kaki dia kat sebelah muka dia..
sempat jugak jezz capturekan pic muka dia..

tapi semua tu xlama pun..
selepas beberapa minit, dia letak balik kaki dia yang sebelah tu kat muka dia..
siap pandang bawah lagi..
so, sementara nak tunggu mood baby ok lagi..
jezz pun buat detail scan..
ukur sana, ukur sini..
pas tu jezz continue pujuk baby supaya dia tunjuk muka dia lagi sekali..
jezz tekan-tekan perut aku nak suruh baby gerak-gerak utk video..
tapi bak kata jezz, anak aku ni degil dan sombong..
memang dia buat xtau je walaupun kitorang dok tekan-tekan dia..
padahal sebelum ni, pantang sungguh anak teruna aku tu kalau dia rasa ada something kat perut..
mesti cepat dia tepis..

so, end up, pic-pic kat bawah ni je lah hasil terbaik yang jezz dapat..
ada beberapa lagi pic dan video tapi itu yang terbaik..
apapun, both aku dan MR sangat berpuas hati dgn hasil kerja jezz..
kalau nak compare dgn kat jb hari tu, mmg jauh sekali lah hasil kerja diorang..
rasa berbaloi tempuh jam dari hulu kelang nak ke ampang tu..

dari scan semalam, aku tgk muka baby sekali imbas mcm muka aku..
chubby mcm MR terutama tang pipi..
hidung mancung tu mcm adik aku yang no 2..
dagu pulak mcm adik bongsu aku..
yang lain-lain, aku tgk memang mcm aku je..
hehehhee..
MR? dia kata xpa kalau baby xikut muka dia masa kecik..
nanti baby dah besar sikit, gerenti baby hensem mcm dia..
ni kata dia lah..
aku ye kan aje..
hehehehhe..

berat baby semalam dah 1.8kg..
tapi kalau tgk chubby dia, macam dah 2kg++ dah..
apapun, aku dgn MR sangat bersyukur tgk anak teruna kitorang membesar dgn sihat dan sempurna..
semoga baby terus sihat membesar dalam rahim mama sehingga dilahirkan..
semoga baby dah xsongsang lagi lepas ni..
amin..






baby dengan sebelah kaki dia kat muka..


ni dia dah alihkan sikit kaki dia ke tepi..tapi dahi berkerut macam xpuas hati kena kacau..


nampak tak hidung mancung anak teruna kitorang ni???
mesti hensem besar nanti kan??
hehehhe


dengan dahi yang berkerut lagi..


dengan mulut muncung dia..
sayang ngah buat apa tu? geram sungguh mama tgk pic ni..








Monday, December 12, 2011

masak sebelum datang keja..

selamat pagi semua..
hari ni aku kerja syif pagi..
so, tadi sebelum datang kerja, sempat lah masak kat umah utk adik aku..
ye lah, dia kan sorang-sorang kat umah..
aku pun xharap sangat kat dia nak sediakan makanan sendiri..
hari ni kira kali pertama lah aku masak dulu sebelum datang kerja..
datang kerja pun lambat..
masak punya pasal, heehehe..
aku dgn MR siap makan lagi kat umah..
so, xpayah nak beli dah..
jimat duit den, hehehehe...

Sunday, December 11, 2011

durian raub..

rezeki baby lagi hari ni..
dapat makan durian raub tadi..
memang sepanjang pregnant ni, dah banyak kali baby dapat makan mcm-mcm buah-buahan..
so, nanti time berpantang xda lah baby dgn mama teringin nak makan lagi..
alhamdulillah..syukur dgn rezeki dari Ilahi..

selamat berhujung minggu..

selamat bercuti ye semua di weekend ni..
mama dan abah baby MRS kerja hari ni..

Saturday, December 10, 2011

macam nak shopping utk mama pulak...

asyik-asyik shopping utk baby je..
dah lama xshopping utk mama dan abah..
macam nak shopping utk mama pulak..
boleh tak abah..???
hehehe..

Friday, December 9, 2011

nak masak apa besok??

seminggu lebih mak ada kat umah..
sekalipun aku xmasak, heheheh..
bila mak dah balik, mula lah penyakit malas nak masak tu datang..
hehehehe..
tapi besok tu tetap gak kena masak..
tapi nak masak apa ye besok?
adik aku cuma makan ayam je..
so, menu ayam mesti ada..

Thursday, December 8, 2011

baby bangun ajak mama main-main kul 4 am..

ngah sedap-sedap tido malam tadi..
tiba-tiba terkejut dari tido..
terkejut sebab rasa  satu gegaran yang kuat dari dalam perut..
rupanya anak teruna kitorang dah bangun dan nak kejut mama dia..
tengok jam kat hp, kul 4 am..
haddoii, awat lar baby bangun awal sangat..
pastu nak tido semula mulalah makan masa..
huhuhuhu..
1st time baby buat konsert di pagi hari...

aku bukan queen control..

semalam, lepas balik kerja..
rileks-rileks dgn MR sambil tgk ceta kat tv..
then dia ceta sal kawan dia, budak grup dia ada bgtau something kat dia..
budak tu ceta kat dia, si Z ni ceta kat dia yang selepas MR kawen dgn aku, susah nak ajak MR kuar makan..
sebelum kawen boleh je ajak kuar makan..
dia kata, MR takut nak kuar sbb takut kat aku..
aku rasa nak gelak je..

aku tanya kat MR, betul ke dia takut kat aku?
dia pun gelak ja..
si Z ni pun dah kawen..
suami dia satu opis dgn aku dan satu grup lagi..
MR pun pelik, selama ni xda pulak dia ajak MR kuar makan..
kalau ajak pun, mmg MR xmau..
bukan takut dgn aku, tapi si Z ni isteri org kan?
xkan dia nak kuar dgn isteri org??

aku xfaham betul kenapa si Z ni nak bercerita bukan-bukan hal kitorang kat org lain?
apa yang dia dapat ntah..
rasa nak je pi jumpa dia dan bagitau yang aku ni bukan mcm dia, queen control..
dari sebelum kawen lagi, dia mmg xbagi suami dia cakap pun dgn perempuan lain yang sebaya atau muda dari suami dia..
suami org sedia maklum hal tu..


aku xkesah langsung kalau sesiapa pun ajak suami aku kuar makan..
ye lah, xkan kuar dgn kawan-kawan opis pun xboleh kan?
itu pun kalau MR nak lah..hehehee
tapi aku tau dia mmg xkan nak punya..
tambah-tambah kalau nak kuar berdua..
lagi dia xmau..
so, kepada si Z tu, jgn lah suka cakap hal bukan-bukan pasal rumahtangga kitorang ni..
aku bkn jenis mcm ko..
QUEEN CONTROL  !!!!!

Wednesday, December 7, 2011

lunch prosperity burger mcD..

tadi tetibe teringin sangat-sangat nak makan prosperity burger dari mcD..
bgtau kat MR..
dia ok je..
otw nak ke tempat kerja, terus ke mcD sebelah pekan rabu..
tapau je..
so, dapat gak lah makan burger ni sebelum bersalin nanti..
hehehehe..





mak dah selamat sampai kulim..alhamdulillah..

tadi, kol mak tanya dia dah sampai mana..
alhamdulillah..dia dah sampai rumah..

Tuesday, December 6, 2011

kembali 'bertiga' malam ni...

malam ni aku, MR dan baby MRS kembali bertiga..
selama seminggu lebih mak dan adik aku stay kat umah kitorang..
tapi tadi, mak aku dah bertolak balik kulim naik bas jam 9.45 mlm..
semoga mak aku selamat sampai ke kulim, insyaAllah..
semoga Allah lindungi perjalanan emak aku..amin..

adik aku belom balik kulim lagi..
tadi pagi kitorang hantar dia ke KEM BIJAK KELAB TAHA 2011 - JOHOR..
besok pukul 3 petang baru balik umah aku..
kem tu dekat je dgn umah aku..
tapi diorang kena stay kat sana..
berkhemah lagi kat Pusat Ko-kurikulum Jb tu..
adik aku yang memang xpenah berkhemah memang sangat lar excited join kem ni..
sampai tido xlena semalam sebab xsabar nak pegi tadi pagi..
hehehheeh..

so, malam ni kat umah aku ni, kitorang kembali bertiga mcm sblm-sblm ni..
agak sedih jugak lah..
rasa sunyi je rumah ni..
sedih pun ada jugak..
tapi next week jumpa lagi dgn mak kat KL masa konvo nanti..
plan sehari selepas konvo nak ke genting..
mak dgn adik-adik belom penah sampai genting lagi..
so, ingat nak bawak la..

apa pun, sgt xsabar nak tunggu next week..
selain dari nak ke konvo dan jumpa mak then ke genting..
next week jugak nak jumpa baby..
nak scan 4d..hehhehehe

Monday, December 5, 2011

sedih nak tinggalkan suami selama 2 bulan..

tadi msg-msg MR..
bgtau dia yang aku rasa xsggp nak balik kedah berpantang kat sana..
rasa xsanggup nak berjauhan sejauh itu dari dia..
rasa xsampai hati xjumpa dia lama-lama..
belum penah berjauhan dari MR sejak berkahwin..
rasa nak berpantang sendiri kat JB..

sedih sangat bila fikir dah makin sampai masa nak berjauhan dgn MR..
sampai sebak je rasa..
huhuhu...

suami malas bekerja..

tadi berborak dgn kawan-kawan opis yang dah byk pengalaman..
borak tentang sorang kwn opis pompuan yang suami dia malas bekerja..
dah 2 tahun kawen dan ada sorang anak..
 sian sgt dgr kisah dia..

terus rasa bersyukur sbb dapat suami yang sangat rajin..
sebelum ni bersyukur jugak..
tapi hari ni lebih bersyukur..

MR bukan setakat rajin bekerja mencari nafkah utk kami sekeluarga..
malah dia jugak sangat rajin bantu aku buat kerja rumah..
dia penat mcm mana pun, dia tetap akan tolong aku..
bukan sebab aku mengandung je, aku xpregnant pun dia sangat rajin tolong aku..
xtau mcm mana life aku kalau dapat suami mcm suami kawan tu?
mesti dah meroyan dah aku pikir masalah ni..

setiap hari berdoa supaya MR tetap MR yang saya mula kenal dulu, kini dan sampai bila-bila..
semoga MR xkan berubah kepada perkara yang mendatangkan keburukan dlm rumahtangga kami..

aku sangat xfaham dgn lelaki yang xtahu nak bertanggungjawab..
pendapat aku, tanggungjawab seorang suami bukan setakat seks je..
semua keperluan isteri dan anak adalah menjadi bawah tanggungan suami..
seorang suami wajib menyediakan segala keperluan isteri serta anak-anaknya..
bukan mengaharapkan 100% kewangan drpd isteri..

entahlah..
apa nak jadi dgn dunia sekarang ni..




Sunday, December 4, 2011

MUHAMMAD ADAM..

sedikit keliru dgn nama MUHAMMAD ADAM..
ada yang bgtau xelok letak nama Muhammad di hadapan nama Adam coz Nabi Adam  Nabi pertama, so nama pun kena letak yang pertama..
nama Muhammad lak kena letak belakang nama Adam coz Nabi Muhammad nabi yeng kemudian dari Nabi Adam, so nama kena letak selepas nama Adam..
sangat keliru dgn perkara ni..
harap sangat ada yang membantu...

panduan memberi nama anak..

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:
1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.
9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.
Sekian.

baby xmau kawan dgn mama...

semalam baby mcm xmau kawan dgn mama..
nak kawan dgn abah je..
bila mama panggil baby, baby diam je..
tapi bila abah yang panggil, cepat je baby respons..
sedih betul mama rasa semalam..
hope baby nak kawan dgn mama hari ni..

bekerja di pagi ahad..

selamat pagi semua..
pagi ni aku dan MR kerja..
so, seperti biasa..
kerja di hari ahad memang sangat rileks..
so, memang sangat lar best..
hehehehee...

Saturday, December 3, 2011

ombak rindu...

semalam petang bawak mak dgn adik aku p tgk wayang..
actually mak aku yang nak tgk wayang sangat..
dia nak tgk ceta ombak rindu..
so, semalam pas MR balik dr solat jumaat, kitorang pun siap-siap lar..
tgk internet ceta tu kat GSC leisure mall,pelangi kul 1500..
so, kitorang 1430 dah sampai kat leisure mall..
adik aku memang marah betol ajak dia tgk ceta ni..
tapi dia kena paksa tgk gak, hehehehe..

ceta ni pada pendapat aku so..so.. aje..
bosan gak lar nak tunggu abeh 2 jam tu..
jalan ceta bes tapi yang xbesnya banyak sangat scene yang dibuat ala kadar je..
MR pun sampai tertidur dia..
adik aku apatah lagi..
bebai lar dia tgk ceta xbes..
mak aku je yang layan ceta ni sepenuh ati dia..
part yang aku dgn MR paling suka ceta ni ialah view dia..
sangat lar cantik..
terutama masa scene kat kg Izzah tu..


about 71 days to go..

insyaAllah...
akan jumpa baby lebih kurang 71 hari lagi..

mama dgn abah sentiasa doakan baby sihat, membesar dgn sempurna fizikal dan mental, dan lahir ke dunia ni dgn selamat..mama dgn abah xsabar nak jaga, nak belai baby, nak didik baby supaya baby jadi seorang hamba yang taat kepada Allah, anak yang baik kepada ibu bapa serta abang yang boleh menjadi contoh kepada adik-adik baby nanti..
 
INSYAALLAH..AMIN..

baby sombong ke??

berborak dgn MR tentang baby, mcm-mcm boleh kitorang imagine..
hehehehehe...
bila baby suka tepis tangan org lain bila ada org lain pegang perut, terus kitorang bayangkan yang baby sombong..
hehehehee..
bila tangan mama or abah dia pegang perut, dia ok je..
bagi respons ajak main lagi dgn dia..
tapi bila tangan nurse, doc even pak su dia yang pegang perut..
kuat dia tepis..
tunjuk sgt dia xselesa or xsuka dgn tangan org lain..
hahahahaha...
kelakar betul anak mama dan abah ni..
terus kitorang anggap yang baby sombong...
boleh mcm tu???

29 weeks 6 days...

29 WEEKS 6 DAYS..
BABY EFW : 1.4 KG

ALHAMDULILLAH

mak dah nak balik kedah..

next week mak dah nak balik kedah..
maybe balik ari selasa malam..
tiket bus blom beli lagi..
ikutkan mak dia nak balik ahad malam..
tapi aku mintak mak stay sampai selasa malam..
bukan apa, kalau balik awal2 pun, mak sorang2 je kat umah..
adik aku yang no dua tu ada kursus kat poli shah alam sampai 9hb..
adik yang bongsu memang nak stay kat umah aku sampai aku konvo nanti..
so, kalau balik awal2 pun xdak sapa kat umah..
baik mak stay je kat rumah aku kan??

another appoinment 4d scan..

semalam selepas berdiskusi dgn MR mengenai scan 4d, kitorang decide nak repeat lg skali..
kali ni kitorang plan nak buat kat ampang lak..
buat dgn sonographer jezz yang kwn2 kat RH rekemen tu..
so, appoinment on 17th dis 2011 at 8pm..
location at klinik fatimah, ampang..

jezz ada bgtau dlm sms dia kat aku..
klu time scan tu xnampak muka baby, no charges..
so, kitorang pun setuju la..
aku konvo sesi petang 17 dis..
abeh je konvo, kena terus gerak ke ampang lar gayanya..
hope time tu baby yang ensem ni nak lar tunjuk muka dia dgn jelas kat mama dgn abah dia..
rindu betul kat baby..




Friday, December 2, 2011

tudung konvo..xtau nak pakai pesen apa???

konvo 17 dis 2011..
lagi 2 minggu mcm tu..
baju dah beli..
utk raptai pun dah sediakan..
tapi tudung blom beli lagi..
xtau nak beli tudung pesen mcm mana..
huhu..
kasut mmg pakai kasut crocs je..
xberani nak pakai heels..
bila ntah nak ada masa nak ushar tudung dan pesen yang sesuai dgn baju..
huhuhu..
pakai jubah je nanti...
permintaan suami...

peel anak teruna sahabat baik abah...

hari ni dah 30 weeks usia anak kesayangan kitorang ni..
hari ni ada check up kat KKIA..
kul 1400 baru kitorang ke klinik..
memang dah xpenah buat appoinment pagi dah..
ramai sgt orang..
lomah lotut den nonggu turn..

mula-mula sampai klinik mcm biasa lar..
amek no, register..
then g toilet utk amek urine..
then tunggu..
hampir 20 minit gak lar sblm sampai turn aku..
sampai je turn aku, terus timbang berat..
naik 1kg utk 2 weeks..
ok lar kan?
then check BP..
bp pun ok je..
as usual..hehehehe..
nurse bgtau result MGTT aku wat last week pun  normal..
means xda apa masalah lah..
tehn, dia check urine aku..pun ok..
alhamdulillah..

pastu kena tunggu lagi..
utk wat check up hearbeat dan tinggi rahim..
hampir 30 minit baru sampai turn aku..
masuk je bilik rawatan tu, terus aku baring..
nurse pun ukur lar tinggi rahim..
31 cm kata dia..
ok lagi..

then dia amek fetal doppler utk amek bacaan heartbeat baby..
dan di sinilah bermulanya peel anak teruna sahabat baik abah ni..
bila nurse tu letak je fetal doppler tu kat perut sebelah kanan, baby lari ke sebelah kiri..
begitulah peel baby seterusnya..
sampai nurse tu dah panggil kawan-kawan nurse dia mintak tolong dapatkan heartbeat baby sbb dia dah give up...
tapi baby tetap buat peel yg sama..
kejap ke atas,ke kanan, ke kiri, ke bawah..
merata dia lari asalkan alat tu xtekan dia..

lastly dtg nurse yang berumur sikit amek fetal doppler tu then tekan perut agak kuat sikit..
tau apa lak baby buat?
baby tendang sekuat hati fetal dopller tu sampai terangkat benda alah tu dari perut..
tergelak kitorang semua..
marah sungguh kot baby time tu, hehehehhe..
then, nurse yg dah berumur tu cakap dgn baby..
"budak, dok diam-diam sikit ye"
pastu baru lar nurse tu dapat dgr heartbeat dia walaupun sangat perlahan..

keluar je dari bilik rawatan tu, terus jumpa MR..
terus ceta kat dia peel anak teruna kesayangan dia tu..
trus kitorang sama-sama gelak besaq..
hehhhheehe..
macam-macam peel anak teruna kitorang ni..

dia memang sangat xsuka ada benda atas perut selain tgn mama dgn abah dia..
letak buku atas perut pun dia akan tolak tepis sekuat hati dia..
" buat lah apa pun kat dalam ni ye sayang..asalkan anak kesayangan mama ni baik,sihat dan membesar dgn sempurna"

berat baby masa scan semalam dah mencecah 1.4kg..
sekejap je dia membesar..
alhamdulillah..
and masa check up tadi, dia pun dah xsongsang dah..

mama dan abah sangat sayang kat anak teruna hensem kami ni..

Thursday, December 1, 2011

scan 4d..baby malu-malu...

semalam petang, pas aku dgn MR balik keje..
kitorang plan nak ke Johor Jaya Maternity Specilalist..
niatnya nak buat scan 4d + video scan tu..
pas rehat-rehat, makan, kitorang pun kuar rumah..
sebelum ke johor jaya tu, MR ke shell berdekatan rumah kitorang ni nak isi minyak..
pas isi minyak, MR nak isi angin tayar yang dah kurang tu..
ngah isi angin tu, tetibe tube tayar tu rosak..
bila angin dah isi, nak tarik je pump tu dari tube, terus kempis tayar tu..
so, kena lar tukar tayar tu dgn tayar spare..
berpeluh jugak lar MR tukar tayar sorang2..

aku yang tengok MR tukar tayar tu terus jadi kesian..
terus rasa xpayah nak pegi scan tu lagi semlam..
buat lain kali saja..
tapi MR ckp dia ok lagi..
boleh lagi kalau nak pegi..
so, kitorang pegi gak lah..
otw nak ke sana punyalah jammed..
maklumlah, time org balik kerja..
dlm kul 1800 mcm tu baru smpi kat johor jaya maternity specilalist tu..

dah smpi terus register sebab klinik tutup jam 1830..
time kitorang sampai, ada 2 patient je..
so, xda lar lama mana kitorang tunggu..
dah masuk dalam, trus doc suruh baring..

mula-mula doc wat detail scan dulu..
scan 2d je..
check heartbeat baby and etc..
yang xseronoknya, baby songsang pulak masa scan tu..
so, doc ckp chances nak nampak muka baby rendah..
tapi doc tru jugak godek-godek..
bila dh nampak muka, doc trus wat scan 4d..
tp malangnya, bila wat je scan 4d, trus anak kesayangan kitorang ni tutup muka dia dgn kedua belah tangan dia mcm nak boxing..
berkali-kali try cakap dgn baby..
tapi dia tetap malu-malu..
doc siap suruh aku mengiring ke kanan, ke kiri lagi utk cari posisi baby yg terbaik..
tapi baby tetap malu-malu..
dapat tgk kejap je muka dia..
huhuhu..

so, doc ckp dtg lagi selepas 2 minggu..
hurrrmmm..
bayaran tetap rm160 walaupun tanpa video + print 4d..
cuma dpt sekeping print 2d je..
lagi 2 minggu kitorang balik kl..
ingat nak buat kat kl je lar kot nanti klu ada rezeki lebih..
malas dah buat kat klinik tu..
huuhuhuh..


mengharapkan hasil sebegini..tapi apakan daya...

macam-macam nak cerita, tapi...

haiiishh..
tersangat lah busy..
nak BW pun xsempat..
busy sebab mak dgn adik ada kat rumah..
adik lak asyik guna je lappy ni..
so, xsempat nak online..
padahal mcm2 nak cerita kat sini..
tapi tu lar..
xsempat lagi..