Wednesday, December 21, 2011

cerita konvokesyen..

aku baru selesai hadir majlis konvokesyen aku last saturday..
xda apa yang menarik pun bagi aku..
yelah, hati macam terpaksa je nak pergi..
huhuhu..

aku punya turn sesi petang..
so, pendaftaran bermula jam 12.15pm..
11.45am aku dah sampai UTM KL..
mak aku sampai sg buloh kul 9.30am..
pas amek mak,bawak mak g breakfast dulu kat setiawangsa..
then terus hantar mak kat hotel..
itu yang kul 11.45am dah ada kat utm tu..
pas hantar mak kat hotel, sementara mak nak rest,xtau nak buat apa..
so, MR decide nak hantar aku g utm terus..

masa aku sampai tu, dah ramai yang berbaris utk pendaftaran..
dalam cuaca yang sangat panas tu, aku pun join berbaris gak..
nasib xserapa lama proses pendaftaran tu..
selesai pendaftaran, semua graduan diminta berkumpul di bilik kuliah sehingga dipanggil berbaris utk ke dewan besar..
so, bila aku dah masuk dewan kuliah tu, MR pun gerak g hotel utk jemput mak dan adik-adik aku utk datang ke utm jugak..

dalam 1.30pm, para graduan diminta berbaris utk ke dewan berlangsungnya majlis dgn mengikut giliran masing-masing..
dah siap berbaris, kitorang pun berjalan menuju ke dewan dan dibenarkan duduk di tempat yang disediakan..
alhamdulillah..risau jugak aku kalau kena berdiri je sepanjang majlis berlangsung..

masa tengah tunggu turn aku utk naik ke pentas, memang rasa berdebar-debar sangat..
berpeluh-peluh aku kat dalam bilik air-cond tu..
macam-macam perasaan ada..
xtau nak describe macam mana..
so, bila nama aku dipanggil, memang aku panik betul..
sampai MR bgtau, dia tgk aku kelam kabut mcm nak terberak je, huhuhu..

ntah lah, aku pun xtau aku jalan laju ke tak..
yang aku tau, aku nak cepat turun dari pentas tu..
bila dah turun je dari pentas, memang rasa relieve sangat..
alhamdulillah, xda perkara memalukan terjadi kat aku, hehehehe..

dalam 3.45pm, majlis dah selesai..
aku pun terus ajak famili aku ke studio yang disediakan utm utk tangkap pic famili..
selesai je tangkap gambar famili, hujan pun mula turun..
so, xsempat nak amek pic kat utm..
lagipun, aku terlupa nak bawak kamera..
guna kamera hp je..

kat bawah ni je ada pic aku dan famili yang sempat aku amek guna hp MR..
nak ceta sal baby..
baby behave sangat sepanjang majlis berlangsung..
cuma masa kat atas pentas je terasa baby buat ombak..
lain-lain waktu, baby baik sangat..

"sayang sangat kat anak teruna mama nih.."


dengan baby dan bunga dari MR..


dengan adik-adik aku..


dengan mak aku yang datang dari kedah..


dengan suami tercinta yang banyak support aku wat pjj..
yang banyak tolong aku siapkan thesis..















No comments: