Thursday, December 15, 2011

chenta hati sheilaradzi..scan 4d

semalam, 14 dis 2011, aku, MR dan adik aku ke klinik fauziah, ampang..
ke klinik tu bkn sebab aku xsihat..
cuma aku ada appoinment dgn sonographer jezz utk scan 4d anak aku..
appoinment aku sepatutnya 17hb dis nanti..
tapi sebabkan takut kelam kabut dgn konvo aku yg xtau abeh kul brapa, aku awalkan appoinment tu..

sepatutnya jumpa jezz jam 6pm, tapi aku sampai dlm 5.20pm..
sampai2 kat klinik,jezz belom sampai lagi..
so, kitorang pusing2 kat manjaku store kat seberang jalan dr klinik fauziah tu..
selepas 15 minit, jezz sms aku bgtau dia dah sampai klinik..
so, kitorang pun terus gerak ke klinik..

sampai je klinik, terus jezz panggil nama aku utk masuk bilik..
aku rasa time tu dalam 5.40pm..
start je jezz nak scan, tgk baby songsang sikit..
muka dia menghadap bawah..
kaki dia pulak dia letak betul-betul kat muka dia...
sebelum pegi scan tu, abah dia dah pesan kat baby supaya jangan tutup muka dgn tangan mcm ari tu..
memang dia xletak muka dgn tangan dah, tapi dia letak kaki lak kat muka dia..

puas jugak lah jezz pujuk-pujuk dia suruh pusingkan muka dia..
then, dia pusing muka dia menghadap atas selepas 15 minit kitorang pujuk-pujuk dia..
tapi kaki dia still kat muka..
so, jezz suruh aku keluar dulu, makan makanan yang manis-manis..
selepas sejam dia akan panggil aku untuk scan kali kedua..
dia pesan gak suruh aku banyak berjalan-jalan sebelum scan lagi..

so, MR bawak aku ke restoran ani sup utara yang letaknya berhadapan klinik fauziah tu..
kat situ, aku cuma order lai chi kang..
mula-mula minum lai chi kang tu, belum rasa sangat manisnya..
tapi bila dah nak abih lai chi kang tu, baru lah terasa manis yang melampau..
aku minum jugak walaupun tekak dah kembang..
kepala pun terus rasa pening..
ye lah, selama ni aku bukannya makan or minum manis-manis ni..
tu yang tekak xbrapa boleh nak terima..
pas tu, MR blikan aku coklat dgn teh o ais pulak..
aku makan je lar coklat tu..
nak manis kan?

lepas hampir sejam, kitorang masuk klinik semula..
then jezz terus panggil nama aku..
scan untuk kali kedua, alhamdulillah, kepala baby memang dah pandang atas..
tapi kaki dia still xmau alihkan dari muka dia..
cuma kali ni kitorang bernasib baik..
selepas 10 minit pujuk-pujuk dia, dia turunkan sebelah kaki dia..
yang lagi sebelah tetap tutup separuh muka dia..
pujuk-pujuk lagi, dia alihkan sikit kaki dia ke tepi muka dia..
alhamdulillah..
dapat jugak lah tengok muka dia sepenuhnya walaupun still ada kaki dia kat sebelah muka dia..
sempat jugak jezz capturekan pic muka dia..

tapi semua tu xlama pun..
selepas beberapa minit, dia letak balik kaki dia yang sebelah tu kat muka dia..
siap pandang bawah lagi..
so, sementara nak tunggu mood baby ok lagi..
jezz pun buat detail scan..
ukur sana, ukur sini..
pas tu jezz continue pujuk baby supaya dia tunjuk muka dia lagi sekali..
jezz tekan-tekan perut aku nak suruh baby gerak-gerak utk video..
tapi bak kata jezz, anak aku ni degil dan sombong..
memang dia buat xtau je walaupun kitorang dok tekan-tekan dia..
padahal sebelum ni, pantang sungguh anak teruna aku tu kalau dia rasa ada something kat perut..
mesti cepat dia tepis..

so, end up, pic-pic kat bawah ni je lah hasil terbaik yang jezz dapat..
ada beberapa lagi pic dan video tapi itu yang terbaik..
apapun, both aku dan MR sangat berpuas hati dgn hasil kerja jezz..
kalau nak compare dgn kat jb hari tu, mmg jauh sekali lah hasil kerja diorang..
rasa berbaloi tempuh jam dari hulu kelang nak ke ampang tu..

dari scan semalam, aku tgk muka baby sekali imbas mcm muka aku..
chubby mcm MR terutama tang pipi..
hidung mancung tu mcm adik aku yang no 2..
dagu pulak mcm adik bongsu aku..
yang lain-lain, aku tgk memang mcm aku je..
hehehhee..
MR? dia kata xpa kalau baby xikut muka dia masa kecik..
nanti baby dah besar sikit, gerenti baby hensem mcm dia..
ni kata dia lah..
aku ye kan aje..
hehehehhe..

berat baby semalam dah 1.8kg..
tapi kalau tgk chubby dia, macam dah 2kg++ dah..
apapun, aku dgn MR sangat bersyukur tgk anak teruna kitorang membesar dgn sihat dan sempurna..
semoga baby terus sihat membesar dalam rahim mama sehingga dilahirkan..
semoga baby dah xsongsang lagi lepas ni..
amin..






baby dengan sebelah kaki dia kat muka..


ni dia dah alihkan sikit kaki dia ke tepi..tapi dahi berkerut macam xpuas hati kena kacau..


nampak tak hidung mancung anak teruna kitorang ni???
mesti hensem besar nanti kan??
hehehhe


dengan dahi yang berkerut lagi..


dengan mulut muncung dia..
sayang ngah buat apa tu? geram sungguh mama tgk pic ni..








3 comments:

~cahaya~ said...

So sweet la baby ni..
:)
semoga jd anak yg soleh, taat pada mama abah ye syg..
sihat2 selalu..

hugs n kisses,
auntie aini RH >.<

ashra said...

comelnyeee...hehe.tembam.
geng la kan kita ye...boy..mmg iras boy walaupun dlm 4d..

take care ye..
mudahan kita sama2 selamat melahirkan baby yang comel2 ini...

Sheila Radzi said...

aini: insyaAllah..mudah-mudahan..

baby pun nak kiss and hugs auntie..
hehehe..

kak ashra: tu lar kan? kalau boy memang boleh perasan boy kan? mcm akak, lagi boleh bezakan antara boy dgn girl sebab akak dah ada both gender kan?

semoga kita selamat hingga melahirkan..